16 October 2008

hati

10/16/2008 12:29:36 AM

Rindu.

Aku ingin tahu mengapa hati ini rindu kepadanya…bukanlah seperti aku sudah lama mengenali nya…hati…jgn kau rindu…hati…jgn kau tewas dgn badai rindu…aku perlukan mu wahai hati, untuk aku tabah, tabah di dalam perjalana hidup ini…aku memerlukan enkau wahai hati, jadilah milik ku seorang, jangan engkau pergi menyerah kepadanya, insan yg tidak tentu akan menghargaimu seperti aku menghargaimu wahai hatiku…aku hanya perlukan mu untuk terus hidup seorang.

Perasaan,

Jangan lah engkau mengikut jejak hati, jangan lah engkau pergi meninggalkan ku, perasaan, di mana kah pendirianmu untuk bersamaku…bersamaku seorang tanpa sekali pun kau berpaling dari diri ini. Aku tidak izin kan kau untuk berpaling kepadanya; insan yg baru shj ku kenali…hati, perasaan, jgn kau pergi, engkau akn disakiti, engkau akn di khianati, engkau akan di kecewakan, engkau akn di sakiti. Aku akan menghalangmu, aku akan menjagamu dari jatuh dan jatuh dan jatuh lagi berulang2 kali dengan harapan engkau akan dihargai pada akhirnya, jgn engkau menaruh harapan ke atas sesuatu yg tidak pasti, keadaan yg mana engkau akan jatuh dari tempat yg sgt tinggi dan kecederaan yg akan kau alami amatlah menyeksa kan…aku sudah banyak kali menasihati engkau; jgn engkau pergi kepadanya dan insan2 yg hanya tahu memainkan mu wahai hati dan perasaan ku. Aku tidak akn membenarkan kau wahai hati dan perasaan.

Jiwa,

Sudah berapa kali kau merana?

Sudah berapa kali kau kecewa?

Sudah berapa kali kau sakit?

Sudah berapa kali kau menangis?

Jiwa…

Kau jatuh pada insan yg salah.

Kau tidak kuat…

Jiwa,

Kau adalah sumber kekecewaan ku…

Kerana kau lemah…

Aku…hati…perasaan…jiwa….

Kamu sudah berjanji padaku bukan? Tidak begitu wahai hati? Wahai jiwa? Wahai perasaan? Kamu sudah berjanji tidak akn jatuh ke dalam perangkap yg sama lagi? Bukan kah begitu?

Aku akan matikan perasaan ini. Perasaan, maaf kan ku, aku akan membunuh mu, aku tidak sanggup lagi jatuh ke dalam jurang yg sama.

Aku akan kunci mu wahai hati. Aku haram kan kau untuk lepas bebas. Aku tidak sanggup lagi rasa kecewa, aku tidak sanggup lagi untuk memujuk mu wahai hati. Aku tidak tahan melihat kau di hiris2. Lebih baik aku kunci kamu daripada kau cedera.

Aku akan menguatkan kamu jiwa. Aku akan latih kamu untuk menjadi kuat. Tabah. Dan aku akan ajar kamu untuk menjadi kosong. Aku akan ajar kamu untuk menjadi tenang tanpa kecederaan. Aku akn menyihatkan kamu merawat kamu wahai jiwa. Aku akn menghalang kamu dari menjadi lemah dan menyerah kepada insan2 yg kejam seperti mereka. Aku tahu kita boleh melakukan nya.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home