15 October 2008

heart

10/14/2008 00:34:43 AM

Diri ini.

Aku begitu jauh dengan diri aku yg sebenar. Aku hairan, mengapa aku boleh menyimpang jauh dari perkara sepatotnye? Maksud aku, mengapa aku menjadi semakin lembab, kurang kebijaksanaan, kurang peka, kurang perhatian ke atas perkara2 yg sepatutnye aku bg perhatian? Aku hanya lah manusia. Aku tidak mampu untuk terus menjadi patung; memandang je perubahan sekeliling tanpa aku ada untuk merubah sekali keadaan. Namun…aku sekarang sudah kurang keyakinan diri…berbanding dengan diriku 12 tahun yg lepas dan juga ketika zaman kegemilangan diriku…di mana diriku yg seperti itu? Hilangkah ia mengikut arus? Hilangkah ia mengikut perubahan hormon2 kedewasaan? Adakah diri ini sudah letih untuk memikul tanggungjawab seperti waktu dahulu? Sudah hilangkah sifat kepimpinan aku? Mengapa? Aku keliru…adakah kerana aku terlalu mengikut apa yg org sekeliling ku kata kan? Adakah kerana aku sudah hilang arah tuju? Aku keliru….bantulah diri ini untuk sentiasa ada, tariklah diri ini ketika aku hanyut, tolak aku pada waktu aku ingin masuk ke dalam laluan yg salah, tolonglah aku ketika diriku ini sesat di atas kekusutan duniawi, sedarkan lah diri ini aku hanyut di dalam khayalan duniawi yg bias mengaburkan mata dan hati yg rapuh.

Aku, diri ini…

Aku memerlukan seseorang yg memahami dan mampu untuk membantu aku ketika aku memerlukan. Aku perlukan sesorang yg sentiasa memahami diri aku. Aku memerlukan seseorang yg pandai membaca perubahan diri aku dan boleh menyedarkan aku d saat aku benar2 memerlukan…kerana…diri ini di rasakan begitu mudah hanyut, hanyut di atas kelalaian sendiri, kelalaian yg berpunca drpd sikap endah-xendah sendiri, endah-xendah yg di dahului dengan sikap acuh-xacuh. Diri ini…kau begitu berharga. Kau begitu di sayangi oleh org sekelilingmu dgn kesedaran atau tanpa kesedaran kau. Namun…kau lalai wahai diri. Kau salahkan insan yg berada di sekeliling kau ketika semua perkara kelihatan tidak menjadi…kau begitu baran…cuba kau kawal perasaan mu itu wahai diri…hati,jgn kau ikot perasaan kau wahai hati. Wahai otak, jgn kau pesimis, kau bijak, memahami, Cuma kadang2…kau terlalu ikut pesimis mu itu menyebabkan kau jatuh, kurang bijak,wahai otk…pemikiran mu melambangkan jati diriku. Wahai jiwa, kuat kan lah asas kewujudan mu dengan rentak, irama dan lagu2 yg indah yg datang nya dari iman yg dating dan wujudnya dia bersama iman dan akhlak mulia yg Allah berikan kepadamu. Wahai jiwa, bantulah akhlak, bantu dia denganzikir munajat ke atas Allah. Aku…diri ku….diri ini…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home