persoalan
10/15/2008 2:34:12 AM
Cantik.Lawa.Jelita.Comel
Aku hairan, sudah 8 orang menyatakan aku lawa untuk hari ini, manakala 10 orang mengatakan aku cantik hari ini, manakala lebih 7 orang menekankan betapa comel nya aku hari ini. Jelita? Tiada siapa cakap begitu, huh, selamat. Kerana, bagi aku, perkara ini sungguh menghairankan, kerana, bagi aku, aku cume insan biasa, xlawa, xcantik, selekeh, tapi aku sedar yg aku Cuma comel. Ya. Aku comel. Aku mmg akn katakan terima kasih kerana menyatakan aku lawa, cantik, dan aku akn gelak, kerana, bagi aku, mereka ini Cuma bergurau. Aku tahu, aku xd lah selawa apa yg mereka katakan, aku tidak cantik, aku Cuma comel.
Comel kerana aku rasa, Cuma comel sahaja yg sesuai dengan insan seperti aku yg rendah, normal, biasa, kelakar (adakah benar aku ni kelakar?) aku…bagi aku, aku xlayak untuk di gambar kan dengan ungkapan2 seperti lawa dan cantik. Kalau aku benar2 cantik, lawa, sudah lama ada insan yg sudi untuk diri ini. Mengapa aku masih sendiri? Mengapa aku masih tiada teman? Mengapa aku masih tiada insan di dalam hati ini? Aku tiada di dalam hati sesiapa pun kecuali keluarga dan sahabat2ku. Aku tiada peminat; ini adalah hakikat.
Aku ingin sangat menyatakan kepada insan2 yg ada di luar sana, aku tiada teman, mengapa mesti semua orang meluahkan kata2 yg menyakitkan hati aku seperti; “ala, kau lawa, ade yg bt kan keje kau” “orang cantik macam kau bukan pandai pun, kalau kau boleh buat pun sebab kau goda org tu kan?” “kau cantik, xpayah susah2 nk jd pandai,xpayah nak susah2 belajar,ade je yg kay2 akn pinang kau” “biasalah, orang lawa, bodoh lah. Muke je lawa, otak kosong” “eh, boy kau katne? Bpe byk boy kau? Ap je kau buat ye senang dpt boy? Ops, lawa, memg lah” “kau ni, pakai mahal2, branded2 ni, xpandai jugak, sape support? Sugar daddy eh? Eleh, mke cantik mcm kau, mmg lah ada je sugar daddy, berapa lama dia simpan kau?” “senang kan org cantik mcm kau, nak jantan, bile2 je dpt” “eh, xd pakwe? Xkn r, kau les eh? Xkn secantik kau xd bf kot…kau jgn jd les,takut aku” “high taste, high maintenance, lawa, aku xrasa ada guy yg berani nak dekat dgn kau, kau sombong ye lah, orang cantik ” “aku xlayak kawan dengan kau, kau kan lawa, aku x, jadi xsame taraf, kau malu t kwn dgn aku” dan bermacam2 lagi mereka cakap.
Aku sgt lah tertekan. Aku xpernah ada sugar daddy, semua ny ibu, along, adik2 bagi, bila masa aku ada sugar daddy? Ingat aku gila harta? Simpan aku ape? Gile ke? Aku Cuma ada keluarga aku dalam hidup aku, ke mana2 pun dengan keluarga aku, kalau xpun, dengan kwn2 perempuan aku. Cantik ke? Aku ni single. Entah lelaki mana yg cukup sedia dan tabah untuk terima aku sebagai awek dorang pun aku nak tau gak, ni plak yg nak jadi kan aku isteri dia, macam mana org lain lagi tau pasal diri aku sedang kan aku; si tuan punye badan pun xtau apa2. Eh, aku buat semuanya sendiri, aku belajar sebab aku nak belajar, aku xbodoh, Cuma malas. Yg tolong aku buat assignment aku pun sarah; shabatku. Aku bukan lesbian, kalau aku lesbian, lama dah aku jd pengkid je, kalau aku lesbian, mestilah dah lama aku ada ‘bf’ or ‘gf’ r. aku muslimah, iman aku ni xd lah sampai lupa batasan, aku mmg lah xmacam alimke ustazah ke, tapi aku tau batasan. Hati aku in I normal, Cuma tiada insan yg sudi ingin kan aku. Mungkin mereka fikir aku ni taste tinggi, xnak cakap dgn yg low claz society, tapi, tahu kah mereka, aku b’sahabat dengan semua org. taraf? Pelik, aku ni keturunan bangsawan ke? Xd rasanya (sepanjang 23 tahun aku hidup). Aku lahir dari keluarga kebanyakan. Aku letih…ramai insan yg suka bercakap. Ramai yg x akn membanatu bila kita memerlukan, dorang ni, pandai ckap je. Ngntuk plak..nak tdo.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home